penconteng yang menconteng

My photo
A nubis kubis yang sempoi sesempoi angin yang bertiup sepoi-sepoi.

Thursday, December 22, 2011

bloody holiday .

assalamualaikum.

aiwah . title tu gaya sarcastic dramatik je.. haa.. taklah.ni bukan tajuk english essay .

sepanjang cuti sebulan , dengan jayanya saya berjaya mewujudkan 4 parut yang moga-moga tak kekal . yang paling sarkastik dan memorable adalah yang latest . T.T .

 starting dengan luka melecur kena iron . *kesan melecur paling besar seumur hidup sepanjang 16 tahun ni .
lepas tu luka kat dua-dua belah kaki . kaki kiri parah sikit . yang ni sebab main kejar-kejar dengan afiq . haha . padan la muka , kan ?
dan latest , pinggan pecah .

alkisah , masa tu nak makan nasik . ambik pinggan and lap . lepas tu apa jadi entah tetiba pecah . masa tu kelu terkedu tak tahu nak buat apa . darah dah meleleh menitik-nitik dah . oh! pening nak pitam masa tu . tertengok sekali kat tangan lepas tu tobat taknak tengok dah . havoc je seisi rumah pergi 'lawat' dekat dapur tu . masa tu , saya dah memang tak larat nak berdiri , terus duduk . ingatkan nak kena marah . hehe . tak de orang marah pun .

maka , tak jadilah makan . pergi baring terus takut jatuh tengah2 jalan kan malu je kena angkat .

disebabkan kemalangan yang tak seberapa malang tu , nak makan pun umi yang tolong bubuhkan nasik . lauk pun umi carik2 kan . umi lah yang ikat rambut . tolong masa nak ambik air sembahyang . gaya nazak je , kan ? hee . even sekarang pun typing using thumbnail . huu . nazak2 .

yang penting , baru saya faham perasaan mereka-mereka yang kurang mampu . memang sedih . dahlaa tangan kanan . antara anggota penting kot .

kafarah dosa . mungkin . tak pernah-pernah accident menimpa bertimpa-timpa . luka dulu baru nak pulih dah dapat luka baru . mungkin sebab banyak dosa cuti ni kot . moga segala sakit tu jadi kafarah dosa-dosaku . redha je lahh . :)

biar luka kulit . jangan luka hati .
farah izzati

No comments:

Post a Comment

nak komen apa ??