penconteng yang menconteng

My photo
A nubis kubis yang sempoi sesempoi angin yang bertiup sepoi-sepoi.

Tuesday, September 3, 2013

mahal pengalaman ini.

assalamualaikum. sahabat :)

aku dulu juga seperti kamu. pedas kataku. tajam. tepat sahaja aku tembak hati-hati manusia yang pada mataku kurang bagus. yaa. teruk aku. sesuka hati memandang rendah pada manusia lain. apa aku sudah terlau baik? apa darjatku lebih tinggi? takk! sungguh memalukan. bilamana aku memandang rendah pada manusia lain sebenarnya aku menjatuhkan martabat aku serendah-rendahnya. hina aku. siapalah aku sesuka hati meletakkan manusia pada tahap berbeza-beza. maha tahukah aku? sudah tentu tidak! itu silapku. menegur manusia lain, itu tidak salah. tapi, merasakan aku lebih baik? itu sumpah memalukan.

sekarang, Tuhan menguji aku. aku berada di pihak yang harus ditegur. aku sudah merasa sendiri merasakan diri dipandang rendah. manusia memandang kau sebagai manusia bermasalah, apa pandangan kau? sesak kau tahu? penat. Tuhan sahaja yang mengerti. yaa. aku tahu, memang aku bermasalah. untung kau, tiada masalah. kononnya. tak mengapa, aku tahu semua ini bersebab. mahal. pengalaman jatuh ke lubang gelap yang dalam itu mahal. sangat mahal. biarlah. aku klasifikan diriku sebagai orang yang beruntung. aku punya pengalaman itu. cukup mahal. berbanding kau yang hanya mampu berbicara secara teori sahaja. walhal kau tidak pernah merasa berada di bawah.

mungkin, satu hari nanti kau pula yang akan merasa begitu. tidak mustahil bukan? tapi tidak mengapa. seperti kamu, aku juga setia inshaALLAH. seperti kamu, aku juga akan kuat InshaALLAH . untuk bersabar dengan kamu sepertimana kamu telah setia dan bersabar dengan aku. Ahh, yang penting kamu tahu. yang penting aku tahu. perjalanan ini berteman. jika tiada kamu, aku punya Allah. jika tiada aku, kamu punya ALLAH. kerana Dia yang paling setia, dan sabar dengan kerenah kita.

aku sayang kamu sahabat.

farahizzati

1 comment:

  1. Allah sayang kamu.
    sebab itu,Dia menyedarkan kamu.

    Aku juga belajar dari kamu.Diri menjadi rendah sekiranya kita anggap orang lebih rendah pada kita. Post ini,banyak menyedarkan aku.


    Bukan sekadar teori dan menilai.

    ReplyDelete

nak komen apa ??