penconteng yang menconteng

My photo
A nubis kubis yang sempoi sesempoi angin yang bertiup sepoi-sepoi.

Tuesday, January 21, 2014

Lumba lari jom!

Harini kelas CTU, tema Islam Sains dan Teknologi. Membuatkan saya berfikir.

Adakah hidup ini tapak perlumbaan kemajuan teknologi dan sains?

Perlumbaan bangunan siapakah yang paling kukuh?
Perlumbaan bangunan manakah yang paling tinggi?
Perlumbaan teknologi yang paling maju?
Perlumbaan media yang paling menarik?
Perlumbaan gajet yang paling up-to-date?
Perlumbaan pembinaan mesin penambah malas manusia?

Apakah Islam juga menggalakkan perlumbaan ini? Apakah umat Islam harus berlumba membawa nama dalam kemajuan ini?

Tapi, kenapa tidak ilmu teknologi dan sains menjadi ilmu fardu ain? Kenapa fardhu kifayah sahaja jika? Bukankah kita mahu Islam maju seiring dengan negara-negara maju (lah sangat) lain?

Ahhh. Terus saya teringat kalam Syed Qutb dalam kitab beliau Petunjuk Sepanjang Jalan.

" Umat ini sekarang tidak punya kemampuan dan tidak perlu ia mempunyai kemampuan untuk mengemukakan kepada umat manusia keunggulan dan kejaguhannya di dalam lapangan 'ciptaan benda' yang membikin orang tunduk dan takut kepadanya dan memaksa umat manusia menerima pimpinannya berdasarkan faktor ini ; kerana kemajuan ala Eropah di lapangan ini telah terlalu jauh mendahuluinya dan memanglah tidak boleh diharapkan, dalam tempoh beberapa abad di hadapan, untuk mengatasi mereka di lapangan ini!

Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamadun sekarang.

--------------------------------------------------------------------------------------

Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak lain daripada AKIDAH dan PROGRAM yang membolehkan manusia memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains, dibawah pengawasan suatu konsep lain yang dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang telah diperolehi oleh kemajuan sains itu, dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan manusia, iaitu sebuah masyarakat ISLAM. "

Tidak, bukan lah bererti Sains dan Teknologi ini harus dipandang enteng. Malah menjadi keperluan dalam kelansungan hidup. Tiada yang menafikan.

Cuma, harus jelas disini apa yang harus diutamakan.

Kerana tanpa sedar, masyarakat kita sebenarnya mem'fardu ain'kan usaha menuntut dua cabang ilmu ini dan jauh dari kesedaran ilmu fardu ain yang sebenar !

Lailailai~

Allahua'lam


Thursday, January 16, 2014

muak

muak dengan ayat-ayat jiwang disebalik niqab

muak dengan ayat-ayat cinta dari batang tubuh seorang daie

ahh

muak

tolong cari isu dan pengisian lain.

sekian.

Sunday, January 12, 2014

LOVE - afraid of losing

Bismillah

It was a peaceful evening. I mean it. Tenang. Tenang dan damai yang sekian lama tidak sempat ku rasa. Sibuk. Tidak lah juga.

Tiba-tiba, teringat kat abah dan umi. Kakaks dan adiks. Senyum sensorang. Bahagia. Bahagia sangat. Suka, Alhamdulillah dengan kurniaan keluarga yang bagiku cukup sempurna. Maka nikmat apakah lagi yang aku dustakan. Allahurabbi. :')

Rindu sangat kat abah. Rindu sangat-sangat. Ingat suara abah. Ingat abah cerita pasal Ariel Sharon. Ingat abah kongsi pasal gadgets. Rindu abah usik, katanya aku giant, gergasi, beruang. Ahh. Aku tak ambil kisah. Itu cara abah bergurau. Cara abah mengusikku. Aku senang. Aku rindu.

 Bila pagi-pagi aku tidur lepas subuh, abah kejut. Suruh bangun, katanya mahu aku temankan dia.

 "Kat kampus kata rindu kat abah, jangan la tidur. Bangun teman cakap dengan abah."

Bila aku minta ke keluar ke bandar sehari dua untuk program, alasan yang sama dia bagi.

" Kata rindu kat abah, lepastu kat rumah takkan nak keluar pula. "

Habis. Bila ayat tu yang diulangnya, tak mampu aku pusing memberi alasan lagi. Terdiam.

Benar ayahanda. Arah rindu. Tapi, ada tanggungjawab harus dilunaskan. Usahkan jauh, bila dekat pun rasa rindu. Bila abah keluar rumah sekejap pun Arah rindu. Bila abah pergi solat jumaat pun Arah rindu. Jangan ragui rasa rindu anakanda mu ini.

Merobek jiwa jika dikenang.

Terlalu cinta dan sayang, membuatkan aku takut kehilangan. Tak mampu terbayang bagaimana bakal aku sambung hidup tanpa mereka. Tak, bukan aku minta, jauh berdoa. Cuma aku takut. Takut.

Takut kehilangan.

Kalut aku berfikir. Macam mana harus aku buat? Apa patut aku lakukan? Apa solusinya? Ya, itu aku. Spesis logika. Sentiasa mencari logik dan solusi. Tapi, untuk soalan ini, aku tidak punya jawapan.

Terkedu aku saat sampai pada satu perhentian fikiran.

BERSERAH PADA ALLAH. YAKIN DENGAN ALLAH.

Aku lupa mungkin, sejauh mana cintaku pada makhluk, sedalam mana pun kasih itu, tempatnya hanya di dunia. Dan dunia itu sifatnya sementara. Aku harus bersedia menghadapi kehilangan.

kerana wujudnya satu hakikat,

..TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH.

Duhai Cinta Pertama, peliharalah ayahanda dan bonda ku, kasihilah mereka, sayangilah mereka, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMU, limpahkanlah kesenangan, ketenangan, hidayah, cinta dan kasihMu. Golongkan lah kami dalam golongan orang-orang yang beruntung.

farahizzati

 

Friday, December 6, 2013

mamai

Hari ni ada satu je kelas. Lecture Biology. Pukul 9.30-11.30.

Lepas Subuh, kunci jam pukul 8. Tidur zZzZzz

Bila bangun tengok dah pukul 9.10 zZzzzZz

Kalut.

Payah betul nak buat keputusan.

Orang kampung kata Better Late than Never.

Tapi..

Suara dalam pikiran kata, sebenarnya kalau dalam bilik pun boleh study. Lagi efektif sebenarnya.
Boleh buat nota.
Boleh makan.
Takpayah turun naik tangga.
Takpayah jumpa orang.


Deal. Bagus idea hang.

zZzzZzz

*That's me. Aku buat apa yang aku mahu. Aku buat dalam keadaan tahu.  kot

zzZzzZzzZ









Wednesday, November 27, 2013

lost

After about 20 hours I feel like I wanna cry. I need my phone :(
Skype pun tak jadi. Facebook pun macam tak efficient je. :(
Nak call umi, nak contact sisters.
Arrghhh semua kerja tak jadi. Bukan tak jadi, tapi, lebih susah . :(
Dah tak boleh nak set alarm. Masa pun tak tahu.
Fuhh. Keep calm.
sabar. sabar.

Genap 18

Bismillahirrahmanirrahim :)

Segala puji-pujian kepada Tuhan, selawat kepada junjungan besar, kekasih Tuhan, Muhammad SAW, yang dirindui.

Alhamdulillah, 27hb genap 18 tahun mengikut tahun masihinya. (Oh ye, hujung tahun baru cukup 18, hamba sangatlah muda orangnya ) Kali kedua tidak bersambut birthday di rumah, kali pertama masa genap 16 tahun bila harus hadir ke induksi pimpinan sekolah, manakala tahun-tahun sebelumnya memang disambut (taklah sambut sangat pun) kat rumah sebab hujung tahun kan cuti sekolah. Memang gitu ler, orang tak berapa kisah dan tak ada orang nak ingat pun. Biasa yang paling best pun sweet wishes from family member :3

Jadi, rupa-rupanya tahun ni tahun pertama sambut dengan member, i mean without my family members around. Agak janggal, ambe tak biasa, orang asyik wish birthday all the way to class and even some people sang me birthday song and i was like aaaaa cemana nak respon?

First birthday present I got from Aina, a love letter. :) A three pages love letter that I appreciate muchios. Thanks Aina, I love it. I love you. Thanks. ;)

Second birthday present I got from my class rep Aqil in which he chose to come forward in front of all of my classmates and gave me Coolblog. Bleerghhh. Segan mak aihh. And I was like, aaa mana nak sorok coolblog ni? segannya. segannya. Btw thanks for your effort I appreciate it.

My third birthday present was a kiss from sweet Sujana Rafe. Thanks sue. Enough sweet dah tak payah nak muffin muffin dah. Huhu.

Oh. How to tell eh that I seriously dont know how to respond. Blerghh. Sangat-sangat lah happy tapi cemana nak respon yer? Sorry lah kalau respon hambar hamba meluka kan hati tuan puan.

For all the wishes I got, MasyaALLAH , thank you. Makes me smile, makes me laugh, makes me feel touched. May ALLAH bless you all too.

Cerita harini, telefon pulak malfunction. Since last night, 11pm and above, semua mesej atau call tak dapat hamba respon. Rasa bersalah dengan siapa-siapa yang hantar mesej, takdapat baca pun. Maaf. Agak la jammed, rasa macam thrown back to the history. Tak dapat nak contact sapa2 pun melainkan via FB.

Mungkin nak bagi ruang ketenangan sikit kot. :)

ada hikmah. InsyaAllah.

Monday, November 4, 2013

nok jadi gapo ni weh

Bismillahirrahmanirrahim :)

tadi adik yang dah lepas PMR dah mula tanya, dia patut jadi apa. nak ambil aliran apa nanti. nak minat apa? Sains? Sastera? Akaun?

soalan yang agak sentap sanubari. bermula perbincangan umi, kakak dan adik. It was indeed a deep discussion. MasyaAllah.

dan aku mula terfikir balik. apa yang kena consider? cukup ke ikut minat saja? kalau takda minat? kalau tak ada cita-cita? atau kena consider peluang pekerjaan jugak? penting juga tu.

kejap. atau memang belajar ni sebenarnya memang sebab fikir nak kerja? sebab tu duk keluh kesah pikir tu, kan? dahtu belajar untuk apa? takpa ke belajar untuk dapat kerja yang best-best untuk masa depan?

ehh. errmmmm. dahtu? belajar untuk apa?

:)

pikir. pikir.pikir. sampai muntah.

ramai yang taksuka pikir. depa kata just go on with the flow.

entah.

apa-apa pun. aku percaya, kalau dah ada minat, just go for it. just go for it! :)

kalau takda minat? hmmm, pikiaq la sendiri lololol
btw, its your life sis and bro :)
jangan harapkan orang lain untuk aturkan, betulkan, dan tunjukkan jalan.

it is your life. your choice . peace ;)