penconteng yang menconteng

My photo
A nubis kubis yang sempoi sesempoi angin yang bertiup sepoi-sepoi.

Sunday, January 12, 2014

LOVE - afraid of losing

Bismillah

It was a peaceful evening. I mean it. Tenang. Tenang dan damai yang sekian lama tidak sempat ku rasa. Sibuk. Tidak lah juga.

Tiba-tiba, teringat kat abah dan umi. Kakaks dan adiks. Senyum sensorang. Bahagia. Bahagia sangat. Suka, Alhamdulillah dengan kurniaan keluarga yang bagiku cukup sempurna. Maka nikmat apakah lagi yang aku dustakan. Allahurabbi. :')

Rindu sangat kat abah. Rindu sangat-sangat. Ingat suara abah. Ingat abah cerita pasal Ariel Sharon. Ingat abah kongsi pasal gadgets. Rindu abah usik, katanya aku giant, gergasi, beruang. Ahh. Aku tak ambil kisah. Itu cara abah bergurau. Cara abah mengusikku. Aku senang. Aku rindu.

 Bila pagi-pagi aku tidur lepas subuh, abah kejut. Suruh bangun, katanya mahu aku temankan dia.

 "Kat kampus kata rindu kat abah, jangan la tidur. Bangun teman cakap dengan abah."

Bila aku minta ke keluar ke bandar sehari dua untuk program, alasan yang sama dia bagi.

" Kata rindu kat abah, lepastu kat rumah takkan nak keluar pula. "

Habis. Bila ayat tu yang diulangnya, tak mampu aku pusing memberi alasan lagi. Terdiam.

Benar ayahanda. Arah rindu. Tapi, ada tanggungjawab harus dilunaskan. Usahkan jauh, bila dekat pun rasa rindu. Bila abah keluar rumah sekejap pun Arah rindu. Bila abah pergi solat jumaat pun Arah rindu. Jangan ragui rasa rindu anakanda mu ini.

Merobek jiwa jika dikenang.

Terlalu cinta dan sayang, membuatkan aku takut kehilangan. Tak mampu terbayang bagaimana bakal aku sambung hidup tanpa mereka. Tak, bukan aku minta, jauh berdoa. Cuma aku takut. Takut.

Takut kehilangan.

Kalut aku berfikir. Macam mana harus aku buat? Apa patut aku lakukan? Apa solusinya? Ya, itu aku. Spesis logika. Sentiasa mencari logik dan solusi. Tapi, untuk soalan ini, aku tidak punya jawapan.

Terkedu aku saat sampai pada satu perhentian fikiran.

BERSERAH PADA ALLAH. YAKIN DENGAN ALLAH.

Aku lupa mungkin, sejauh mana cintaku pada makhluk, sedalam mana pun kasih itu, tempatnya hanya di dunia. Dan dunia itu sifatnya sementara. Aku harus bersedia menghadapi kehilangan.

kerana wujudnya satu hakikat,

..TIADA YANG KEKAL MELAINKAN ALLAH.

Duhai Cinta Pertama, peliharalah ayahanda dan bonda ku, kasihilah mereka, sayangilah mereka, limpahkanlah rahmat dan kasih sayangMU, limpahkanlah kesenangan, ketenangan, hidayah, cinta dan kasihMu. Golongkan lah kami dalam golongan orang-orang yang beruntung.

farahizzati

 

No comments:

Post a Comment

nak komen apa ??