penconteng yang menconteng

My photo
A nubis kubis yang sempoi sesempoi angin yang bertiup sepoi-sepoi.

Tuesday, June 11, 2013

new world :) *Asasi Sains Uitm Puncak Alam 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Puji-pujian yang terindah, syukur dan kecintaan kepada Allah . Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Ehem. hah. Baca ke selawat jugak? Kalau tak selawat lagi selawat lah sekarang , tak payah berat-berat kan mulut tu, benda mudah, kan?

* Aishh , awal-awal dah kena laser. Uhhu.*

 Letakkan tangan di dada, dan lafazkan selawat dengan penuh kerinduan . :)

So, kaifa haluk?? Kabare? Dah lama menyepikan diri dari diari maya ni.

 *Eh. Macam lah ada orang baca blog kau. * Eh, kesah pulak aku??*

Demikianlah analog-analog dalaman yang berlegar-legar dalam fikiran aku. Huhu. Abaikan.

Makanya, sudah termaktub dalam perjalanan hidupku yang sudah teratur sejak sebelum kewujudanku di bumi yang sudah tua ini, pengajianku selepas Tingkatan 5 adalah Pusat Asasi Sains, UiTM Puncak Alam.

Siapalah aku yang kerdil untuk menidakkan ketetapan ini. Juga, bersesuaian jugalah dengan usaha dan penat lelahku yang tak seberapa penat ni. Eh. Jujur, aku memang bergantung pada keputusan UPU je, (walau aku apply dan aku dapat matrik yang aku tahu aku tak mahu pergi. Dan aku apply MARA untuk oversea yang aku tak pergi pun interview sebab aku tahu memang aku tak mahu fly. Dan aku apply segala bagai scholarship yang aku pun dah serabut nak isi borang tapi aku MALAS nak pergi interview.)

So, what do I expect kan. -_-

Bila orang tanya, eh, kau nak sambung mana?

 Skema jawapan aku - NO CHOICE, ASASI SAINS UITM PUNCAK ALAM. haaa, gitu.

Makanya bermulalah episod baru hidup aku yang serabai ini.

Ramai yang tanya, camne MDS ? (Minggu Destini Siswa aka orientasi)

Ahh, malas nak ulas. Karang aku ulas kang tak cukup 10 muka sapa nak tanggung?? Aku taknak.
Satu ja nak cakap, mohon lain kali buat sesuatu yang lebih berfaedah, sekian.

Kat Puncak Alam ni, yang paling aku nak mention mungkin pasal tangga dia kot. Yang belum berpengalaman memang takkan rasa apa-apa. (macam aku dulu yang takda pengalaman)




Anak tangga 200 lebih kot! Tak payah pergi Batu Cave dah kat sini dah cukup perit. Dah tu hari-hari nak kena hadap. Sabor je la. Nak sampai ke atas (which is kolej kediaman dan kat bawah tu bangunan fakulti) mahunya 3 4 kali rehat. *aku la. kawan aku macam laju je, tension betul. T.T

Demikian lah. yang best, Lecturer Fizik aku. Miss Khaizan. BEST! Bangun pagi senyum sebab excited nak pergi kelas Fizik. Mehh.

Fasiliti kat sini pun ok. Kolej kediaman boleh bagi 5stars la. *among the kolej kediaman lah.takkan nak compare dengan hotel kot. Certain blocks ada lif sebab tinggi sangat, 9 tingkat. (aku lah yang kat puncak sekali tu. ) Enjoy tau tingkat paling atas, dah la bangunan pun atas bukit, memang malam-malam cantik dapat tengok view seluruh Puncak Alam.*cehh.

Student Asasi untuk tahun ni pulak 3000 lebih, among that 600 je asasi kejuruteraan. So, paham-pahamlah competition untuk budak-budak Asasi Sains. *wuuu, nak nangis. Tapi, kalut apa, kan? Study je lah betul-betul. Fokus, struggle. Cam biasa. Hasil tu berserah laa pulak. Tak payah tension-tension. Kan? Yang penting ada matlamat, usaha, doa, tawakkal. Sambung, dalam kelas ada 34 orang, kuliah 170 orang. Ramai kan? Macam tu lah. Tak sempat pun nak kenal semua orang.

Macam tu lah. Jadi, perjuangan akademikku bermula kembali selepas berehat untuk beberapa ketika. Berjuanglah. Berjuang dengan hati yang lapang, dan tekad. Luruskan niat, tetapkan matlamat. Yakin dengan ALLAH, yakin dengan diri. SAHAJA AKU MENUNTUT ILMU KERANA ALLAH.

Jalan terusssss!!! :)



Yang berjalan. :)
farah izzati




8 comments:

  1. hi, nice blog..support you here, come visit mine too http://gadisini-najiha.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...
    Saya sedang dilemma antara Asasi UiTM dan Asasi UM...boleh bagi pandangan akak tak?
    Matriks pun saya dah tawarkan tempat...tapi macam nak Asasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumslm. hai akmal asri.

      congratulations!

      Ppl said asasi UM is harder than asasi UITM. But then, it depends on what course you're going to pursue. Matrics punya cara belajar lebiih kurang SPM, most of them dapat 4flats. mybe sbb carabelajar. differ dr asasi.

      kalau nk masuk matrik, kena dapat 3.8 above baru strong. kalau asasi uitm, 3.5 above dh strong dh utk dpt place kat course degree yg best2. asasi UM akak rasa susah kot, kwn akak yg power2 masuk asasi UM, tp bila degree diorg tak dpt kt UM. masing2 masuk uni lain. sbb degree UM sgt terhad.

      Goodluck dik!

      Delete
  3. Assalamualaikum kak. Saya minta maaf soalan saya ni kebudak-budakan sikit. Saya free hair. So nak tanya, boleh ke free hair bila masuk asasi palam nanti?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam. Hai syahira :)

    Kat palam ada je freehair. Tp baju kena ikut etika pemakaian lah. Btw, nnt rajin2 cuba pakai tudung tau. :)

    Good luck dik!

    -Farah Izzati

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, kak! Insyaallah saya hijrah slow2.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih, kak! Insyaallah saya hijrah slow2.

    ReplyDelete
  7. hi kak. ive heard somewhere kalau kita excel asasi uitm, boleh sambung overseas. betul ke?

    ReplyDelete

nak komen apa ??