penconteng yang menconteng

My photo
A nubis kubis yang sempoi sesempoi angin yang bertiup sepoi-sepoi.

Tuesday, January 21, 2014

Lumba lari jom!

Harini kelas CTU, tema Islam Sains dan Teknologi. Membuatkan saya berfikir.

Adakah hidup ini tapak perlumbaan kemajuan teknologi dan sains?

Perlumbaan bangunan siapakah yang paling kukuh?
Perlumbaan bangunan manakah yang paling tinggi?
Perlumbaan teknologi yang paling maju?
Perlumbaan media yang paling menarik?
Perlumbaan gajet yang paling up-to-date?
Perlumbaan pembinaan mesin penambah malas manusia?

Apakah Islam juga menggalakkan perlumbaan ini? Apakah umat Islam harus berlumba membawa nama dalam kemajuan ini?

Tapi, kenapa tidak ilmu teknologi dan sains menjadi ilmu fardu ain? Kenapa fardhu kifayah sahaja jika? Bukankah kita mahu Islam maju seiring dengan negara-negara maju (lah sangat) lain?

Ahhh. Terus saya teringat kalam Syed Qutb dalam kitab beliau Petunjuk Sepanjang Jalan.

" Umat ini sekarang tidak punya kemampuan dan tidak perlu ia mempunyai kemampuan untuk mengemukakan kepada umat manusia keunggulan dan kejaguhannya di dalam lapangan 'ciptaan benda' yang membikin orang tunduk dan takut kepadanya dan memaksa umat manusia menerima pimpinannya berdasarkan faktor ini ; kerana kemajuan ala Eropah di lapangan ini telah terlalu jauh mendahuluinya dan memanglah tidak boleh diharapkan, dalam tempoh beberapa abad di hadapan, untuk mengatasi mereka di lapangan ini!

Yang demikian maka mestilah dicari suatu syarat kelayakan yang lain, iaitu syarat kelayakan yang tidak terdapat di dalam tamadun sekarang.

--------------------------------------------------------------------------------------

Oleh kerana itulah maka mustahaklah ada suatu syarat kelayakan lain, bukan ciptaan sains dan penghasilan benda, dan sudah pastilah syarat kelayakan itu tidak lain daripada AKIDAH dan PROGRAM yang membolehkan manusia memelihara dan mengawal hasil ciptaan sains, dibawah pengawasan suatu konsep lain yang dapat memenuhi hajat fitrah seperti yang telah diperolehi oleh kemajuan sains itu, dan supaya akidah dan program itu menjelma di dalam sebuah perkumpulan manusia, iaitu sebuah masyarakat ISLAM. "

Tidak, bukan lah bererti Sains dan Teknologi ini harus dipandang enteng. Malah menjadi keperluan dalam kelansungan hidup. Tiada yang menafikan.

Cuma, harus jelas disini apa yang harus diutamakan.

Kerana tanpa sedar, masyarakat kita sebenarnya mem'fardu ain'kan usaha menuntut dua cabang ilmu ini dan jauh dari kesedaran ilmu fardu ain yang sebenar !

Lailailai~

Allahua'lam


No comments:

Post a Comment

nak komen apa ??